Portimonense SC perkenal Safawi secara rasmi

Pemain sayap Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.
Pemain sayap Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.
A
A
A

PEMAIN sayap Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.

President Portimonese SC Rodiney Sampaio berharap dengan kehadiran Muhammad Safawi ke dalam pasukan kelabnya dapat menguatkan lagi barisan serangan memandangkan bintang Johor Darul Ta’zim itu mempunyai kemahiran teknikal yang baik.

“Ramai masih belum tahu mengenai dia (Muhammad Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada 2017), tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” katanya dalam sidang akhbar yang dimuat naik menerusi laman sesawang kelab www.portimonense.pt.

Menurut kenyataan kelab, pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan dari JDT selama semusim.

Sementara itu, Muhammad Safawi sudah bersedia membantu kelab mencipta kejayaan dan berharap diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya.

“Saya tidak sabar untuk beraksi bersama kelab ini dan berharap dapat menyumbang kepada pasukan.

“Saya kenal beberapa pemain yang menjadikan pasukan kelab ini sebagai batu loncatan untuk menyertai pasukan lebih besar seperti Nakajima dan pemain Brazil Bruno Tabata yang menyertai Sporting Lisbon, tapi saya di sini untuk menyumbang kepada kelab,” kata pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang akan menyarung jersi bernombor 29. - Bernama

Artikel Berkaitan: