Siti A'iasah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

Dr Siti A'iasah
Dr Siti A'iasah
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pengarah Program Perkhidmatan Teknikal, Agensi Nuklear Malaysia, Dr Siti A’iasah Hashim dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu berkuatkuasa semalam.

Agensi Nuklear Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Dr Siti A'iasah ke Gred Utama C Secara Khas untuk penyandang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah menggantikan Dr Mohd Abd. Wahab Yusof yang bersara pada 21 September lalu.

"Pelantikan Dr Siti A’iasah dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau khususnya dalam bidang penyelidikan bagi membolehkan beliau menerajui kepimpinan di Agensi Nuklear Malaysia dan seterusnya meneruskan kecemerlangan bagi mencapai matlamat kemajuan pembangunan dan penyelidikan.

"Beliau mendapat pendidikan Ijazah Pertama Kejuruteraan (Elektrik), University of New South Wales, Australia pada tahun 1987 dan mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Fizik Gunaan (Kawalan Pencemaran Udara) daripada Universiti Malaya pada Tahun 2015," menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Agensi Nuklear Malaysia hari ini.

Dr Abdul Rahim Harun
Dr Abdul Rahim Harun

Dalam kenyataan sama, Agensi Nuklear Malaysia turut memaklumkan mantan Pengarah Bahagian Agro & BioSains serta pakar nuklear dalam bidang pembaikan mutasi tanaman Dr Abdul Rahim Harun dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal), memangku Gred Utama C di Agensi Nuklear Malaysia yang turut berkuatkuasa semalam.

"Beliau juga pernah menjalankan beberapa misi pakar bagi pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Laos dan Mauritius.

"Agensi Nuklear Malaysia mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Mohd Abd Wahab Yusof di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan: