Marilah kita bersatu lawan Covid-19: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengajak orang ramai bersatu melawan penularan koronavirus (Covid-19) yang kini berskala besar.

Dalam ciapan di Twitter awal pagi tadi, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak boleh memenangi peperangan melawan penularan itu tanpa sokongan orang ramai.

"Apa yang kami minta ialah orang ramai 'duduk di rumah' dan jika itu mustahil, tolonglah patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang mudah, 'elakkan 3C dan amalkan 3W," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi kata dorongan kepada petugas barisan hadapan supaya terus bersemangat dan kuat.

Ini kerana menurutnya, petugas barisan hadapan adalah barisan pertahanan terakhir dan pelindung kepada kesihatan rakyat serta keselamatan negara.

"Kesihatan menyatukan kita semua untuk melawan satu musuh yang sama, Covid-19. Insya-Allah.

"Sudah berlalu 10 bulan yang panjang bagi kebanyakan kita semua di barisan hadapan dan di belakang tabir yang bekerja 24 jam sehari.

"Ramai yang berasa letih dan kecewa setiap kali wujud kluster baharu. Lagi pun, kita hanya manusia biasa, kita mempunyai peluang kecil untuk melandaikan semula lengkungan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, KKM merekodkan 489 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 13,993 kes dengan 3,351 kes aktif.

ARTIKEL BERKAITAN 489 kes baharu Covid-19 hari ini