Legenda Liverpool bidas sikap Van Dijk

Virgil van Dijk
Virgil van Dijk
A
A
A

BEKAS penyerang sensasi Liverpool, Stan Collymore secara terbuka menyelar tonggak pertahanan The Reds, Virgil van Dijk yang dianggapnya tidak mempunyai sikap tanggungjawab yang hebat.

Kenyataan pedas Collymore itu hadir beberapa hari selepas Liverpool dimalukan dengan kekalahan besar 2-7 kepada Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi Isnin lalu.

Menurut Collymore, van Dijk yang mengetuai barisan pertahanan Liverpool seolah-olah hilang idea bagi mengekang jentera serangan Villa sehingga menyaksikan kubu The Reds mudah dirobek.

“Jika kita memerlukan bukti untuk menunjukkan bahawa seni bertahan yang telah mati, kita boleh melihat bagaimana Liverpool telah membuktikannya ketika menentang Aston Villa baru-baru ini.

“Apa yang amat membimbangkan saya tentang persembahan Liverpool apabila melihat Aston Villa tidak perlu bekerja keras untuk menjaringkan tujuh gol. Mereka hanya perlu bergerak ke depan dan Ollie Watkins mudah melepasi pertahanan Liverpool dengan begitu mudah.

“Kita semua tahu van Dijk merupakan pemain bola sepak kelas A. Tetapi apa yang mengganggu saya adalah betapa kecilnya tanggungjawab dia atau orang lain dengan jersi Liverpool yang dipakainya,” kata Collymore.

Collymore berkata, apa yang ditampilkan van Dijk pada perlawanan itu cukup berbeza dengan karakter dua bekas pemain legenda Liverpool, Alan Hansen dan Mark Lawrenson.

“Hansen dan Lawrenson akan segera mengambil tanggungjawab jika pasukan berada dalam situasi tertekan selepas ketinggalan. Tetapi saya tidak nampak situasi itu ditunjukkan van Dijk ketika Liverpool ketinggalan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: