150 penjaja Tamu Nabawan jalani ujian Covid-19

A
A
A

NABAWAN - Seramai 150 penjaja di Tamu Nabawan hari ini menjalani ujian saringan pandemik koronavirus (Covid-19) sebagai langkah waspada dalam menanggani penularannya di daerah berkenaan.

Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu@Peter J Moinjil berkata, walaupun Nabawan merupakan daerah yang dikategorikan sebagai zon hijau ketika ini, namun langkah itu perlu dilakukan demi keselamatan masyarakat setempat.

“Hari ini, kita melaksanakan pensampelan Covid-19 bersasar khas untuk penjaja di Tamu Nabawan yang belum pernah menjalani ujian dan seramai 150 penjaja terlibat.

“Pensampelan itu diambil sebagai satu langkah untuk berjaga-jaga dan saringan daripada mereka yang mungkin ada gejala dapat dikawal lebih awal. Lebih awal kita tahu, itu lebih baik,” katanya ketika ditemui ketika program Pensampelan Cvid-19 Bersasar Khas untuk Penjaja Tamu Nabawan di sini hari ini.

Katanya lagi, pensampelan berkenaan juga dilaksanakan bagi memastikan penjaja selamat dan terhindar daripada wabak itu berikutan mereka yang berisiko kerana berhadapan dengan orang ramai ketika berniaga.

“Program seumpama ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada penjaja kita supaya mereka selamat dan terhindar daripada Covid-19 memandangkan mereka sering berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

Program tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Nabawan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Pejabat Penerangan Daerah Nabawan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Daerah Nabawan.

Peter turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menggunakan pelitup muka, mengamalkan penjarakkan fizikal dan sebagainya bagi menganggani penularan wabak Covid-19 di daerah ini.

Artikel Berkaitan: