Usaha perangi Covid-19 tanggungjawab bersama: Tunku Azizah

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan usaha memerangi pandemik koronavirus (Covid-19) adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, agama serta fahaman politik.

Menurut Baginda, rakyat perlu bersatu untuk memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan jayanya.

Tunku Azizah turut menasihati seluruh rakyat untuk tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap pematuhan tatacara kebiasaan baharu termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakkan sosial serta duduk di rumah atau mengelakkan berada di lokasi yang sesak jika tiada keperluan.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara.

Terdahulu, Tunku Azizah berangkat ke Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara.

Menurut Facebook rasmi Istana Negara, majlis tersebut berlangsung selama dua jam dari jam 2 petang dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dianjurkan atas inisiatif dan cetusan idea Tunku Azizah dan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Taklimat khas tersebut bertujuan supaya para pegawai dan kakitangan Istana Negara mempunyai pemahaman dan kepekaan yang tinggi terhadap ancaman wabak ini termasuk langkah-langkah penilaian dan pengawasan kesihatan kendiri serta kawalan dan pencegahan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Seramai 62 pegawai serta kakitangan Istana Negara, turut menghadiri Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara.
Seramai 62 pegawai serta kakitangan Istana Negara, turut menghadiri Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara.

Turut hadir, seramai 62 pegawai serta kakitangan Istana Negara juga merupakan mereka yang berisiko tinggi kerana berkhidmat rapat dengan Baginda berdua.

Golongan ini juga termasuk 14 orang kakitangan yang telah disahkan positif Covid-19 dan menjalani rawatan di bulan Mac lalu.

Taklimat dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama, bertajuk Jangkitan Covid-19 dan Implikasi Terhadap Kesihatan, dikendalikan oleh Pegawai Perubatan dan Penyakit Berjangkit HKL Dr Khairil Erwan Khalid, manakala sesi kedua, bertajuk Pencegahan Covid-19 oleh Pegawai Kesihatan HKL Nazlee Mohd Zin.