Wan Azizah dirawat di PPUM

Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak semalam.

Suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu melalui kemas kini laman Facebook beliau.

“Azizah dirawat di PPUM sejak semalam. Koronavirus (Covid-19) negatif. Pemeriksaan umum diteruskan. Doakan, insya-ALLAH,” tulis Anwar tanpa menyatakan masalah kesihatan yang dihadapi isterinya.

Selain itu menurut sumber terdekat, Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: