Rotan ahli politik dahulu, jangan 'gedebe': MCA

Mike Chong
Mike Chong
A
A
A

SHAH ALAM - Semua ahli politik di pihak kerajaan dan pembangkang diingatkan supaya tidak ‘gedebe’ dan beranggapan diri mereka kebal daripada jangkitan koronavirus (Covid-19).

Jurucakap MCA, Mike Chong berkata, ahli politik tanpa mengira fahaman politik perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mana dilakukan rakyat biasa setiap hari.

Ini kerana menurutnya, jangkitan Covid-19 tidak mengenal pangkat, usia, bangsa, agama, warna kulit dan sebagainya.

“Jangan ingat diri sendiri kebal sangat, jangan ‘gedebe’ ingat kita ini hebat sangat.

“Tak kiralah you (awak) menteri, YB, ketua masyarakat, ketua agama ke. Masa virus ini datang menyerang, you tak boleh nak halau dia dengan menggertak, ‘You YB ke saya YB? pergi kau!’.

“Orang paling berkuasa atas muka bumi ini Presiden Amerika Syarikat (Donald Trumph) pun tak boleh terlepas, you ingat you siapa?” tegas beliau dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN “Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan!”

Sehubungan itu, Mike mengingatkan ahli politik supaya tidak menjadi seperti peribahasa ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ahli politik boleh dipandang hina oleh rakyat dan dilabel sebagai kluster menteri, kluster orang politik atau bermacam lagi.

Katanya, sekiranya Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mahu ‘rotan’ individu yang melanggar SOP maka pemimpin politik yang melakukan kesalahan itu yang perlu ‘dirotan’ terlebih dahulu.