Bancian atas talian disambung semula hari ini

Penjadualan semula banci oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berikutan berlakunya peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.
Penjadualan semula banci oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berikutan berlakunya peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 atas talian (e-census dan Temu Ramah Melalui Telefon dengan Bantuan Komputer) yang tamat pada 30 September lalu disambung semula bermula hari ini sehingga 21 Disember depan.

Menurut kenyataan dari Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia, pra pendaftaran bagi mendapatkan invitation code juga dibuka bermula hari ini sehingga 30 November.

“Dalam tempoh ini, orang ramai yang belum lagi melengkapkan atau mengisi borang bancian digesa supaya melakukannya melalui laman https://www.mycensus.gov.my/.

“Bagi fasa Kedua banci (secara bersemuka) pula dijadualkan semula pada 20 Januari hingga 6 Februari 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan turut menyebut, langkah menjadualkan semula tarikh Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 ini berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 kebelakangan ini.

Semalam, negara mencatatkan kes Covid-19 tertinggi dalam sejarah iaitu 691 kes termasuk empat kes kematian.

Akta Banci 1960 (disemak 1969) mengkehendaki orang ramai untuk mengambil bahagian dan menjawab semua soalan banci.

Artikel Berkaitan: