Saifuddin negatif Covid-19

SAIFUDDIN
SAIFUDDIN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memaklumkan hasil ujian pengesanan Covid-19 terhadap beliau yang diambil semalam adalah negatif.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ujian swab yang diambil pada 6 Oktober 2020 adalah negatif,” katanya dalam laman Twitter beliau.

Beliau menjelaskan, ujian swab itu dibuat selepas saringan pertama dibuat secara sukarela pada 25 September 2020, iaitu sebaik pulang dari Sabah dan tidak dikenakan kuarantin dengan keputusannya juga negatif.

Kerajaan mula mewajibkan individu yang pulang dari Sabah menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 sejak 27 September lepas berikutan peningkatan tinggi kes di beberapa daerah di negeri berkenaan.- Bernama

Artikel Berkaitan: