Penduduk Kota Belud diminta siap sedia hadapi banjir

Salleh (kanan) ketika melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Dewan Tun Said, Balai Muhibbah Kampung Baru dan Dewan SMK Taun Gusi 2 hari ini.
Salleh (kanan) ketika melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Dewan Tun Said, Balai Muhibbah Kampung Baru dan Dewan SMK Taun Gusi 2 hari ini.
A
A
A

KOTA BELUD - Penduduk di Kota Belud diminta bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim banjir ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, ini kerana keadaan cuaca masih mendung dan hujan kerap berlaku di kawasan berkenaan.

“Walaupun ada kawasan sudah mulai surut, namun ada juga sesetengah tempat masih mengalami banjir,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Bekas Ketua Menteri itu berkata demikian selepas menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan di Dewan Tun Said, Balai Muhibbah Kampung Baru dan Dewan SMK Taun Gusi 2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap mangsa banjir supaya bersabar dalam menghadapi dugaan yang mereka hadapi.

Salleh kemudiannya menyertai taklimat khas yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Dyanah Abdullah berhubung keadaan banjir yang melanda daerah berkenaan.

Menurutnya, beberapa perkara dibincangkan termasuk isu kebajikan dan keselesaan mangsa banjir, masalah air bertakung di jalan raya, bantuan makanan dan keperluan asas serta bantuan yang diberikan pihak polis.

“Kami akan melakukan sebaik kemampuan untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penduduk yang terlibat,” katanya.

Artikel Berkaitan: