Smalling kekal milik AS Roma

Chris Smalling
Chris Smalling
A
A
A

TONGGAK pertahanan Manchester United, Chris Smalling sah menyertai kelab Itali, AS Roma sebagai pemain tetap dengan nilai perpindahan 15 juta euro (RM73.43 juta) pada hari terakhir musim perpindahan pemain semalam.

Dalam satu kenyataan, Roma memaklumkan, Smalling yang meledak tiga gol sejak dipinjamkan ke kelab Serie A itu musim lalu telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2023.

“Tiada apa yang datang dengan mudah dalam hidup. Minda dan hati saya sentiasa berada di Rom. Saya gembira akhirnya menjadi milik anda. Daje (Mari teruskan) Roma!,” kata Smalling.

Sejak berkelana ke Itali musim lalu, Smalling sudah membiasakan diri dengan kehidupan di bandar raya Rom sehingga dia mendapat gelaran 'Smalldini' kerana dianggap nadi di benteng pertahanan Roma.

Smalling menyarung jersi United selama 10 tahun sejak berhijrah dari Fulham pada 2010. Sepanjang mewakili The Red Devils, bekas pemain pertahanan England itu membuat 323 penampilan serta menjaringkan 18 gol.

Artikel Berkaitan: