Aktiviti, program Kementerian Sumber Manusia ditangguhkan

Kenyataan media KSM membabitkan warganya positif COVID-19.
Kenyataan media KSM membabitkan warganya positif COVID-19.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kesemua aktiviti dan program Kementerian Sumber Manusia ditangguhkan berikutan seorang kakitangannya disahkan positif pandemik koronavirus (Covid-19).

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, penangguhan tersebut berkuat kuasa serta-merta sehingga 16 Oktober ini.

"Kementerian akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19 serta memperketat langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan ia dapat dibendung," menurut KSM dalam kenyataannya di sini hari ini.

Kementerian itu berkata lagi, langkah-langkah pencegahan segera telah diambil dengan mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kontak rapat dalam kalangan kakitangan Kementerian Sumber Manusia telah pun menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin di rumah," katanya.

Jelas kementerian itu, langkah proaktif dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran kementerian.

"Sebagai langkah tambahan, swab test akan dilaksanakan kepada pegawai-pegawai Kementerian Sumber Manusia," katanya.

Terdahulu kementerian itu memberitahu, kakitangannya yang disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Artikel Berkaitan: