Ajal ketika melintas jalan

Seorang pekerja kilang maut ketika melintas dekat Kawasan Perkilangan Bakar Arang di sini pagi tadi.
Seorang pekerja kilang maut ketika melintas dekat Kawasan Perkilangan Bakar Arang di sini pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kilang maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan di Kawasan Perkilangan Bakar Arang di sini kira-kira jam 7 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa berusia 48 tahun yang berjalan kaki dari arah kanan ke kiri jalan berdekatan Terowong Taman Sejati dipercayai telah dirempuh pacuan empat roda yang datang dari arah Kilang Sharp ke arah Taman Seri Wang.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun yang sedang bergerak terus di lorong kiri tidak sempat mengelak dan terlanggar mangsa yang melintas.

"Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman badan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: