Trump tidak tunjuk sebarang gejala Covid-19

Donald Trump dilaporkan tidak mempunyai sebarang gejala, sehari selepas kembali ke Rumah Putih. - Foto AP
Donald Trump dilaporkan tidak mempunyai sebarang gejala, sehari selepas kembali ke Rumah Putih. - Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Donald Trump dilaporkan tidak mempunyai sebarang gejala, sehari selepas kembali ke Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua, memetik doktornya pada Selasa.

Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menjalani rawatan di hospital selama tiga hari selepas dijangkiti Covid-19.

Doktor di Rumah Putih, Sean Conley dalam memo terbarunya berkata, pasukan perubatan berjumpa Trump yang berada dalam kuarantin di kediamannya dan masih menerima rawatan.

"Beliau berehat di rumahnya dan hari ini beliau tidak melaporkan sebarang gejala. Pemeriksaan fizikal stabil, dengan tahap oksigen 95-97 peratus.

"Secara keseluruhan beliau melaluinya dengan sangat baik," tulis Conley dalam memo itu.

Trump di Twitternya pada Selasa pagi berkata, beliau berasa sihat, namun doktor memberi amaran tidak keluar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump, isteri positif Covid-19

Donald Trump masuk hospital

Artikel Berkaitan:

Pada usia 74 tahun dan obes, pesakit berisiko tinggi mendapat komplikasi serius kesan daripada Covid-19.

Covid-19 sudah menjangkiti 7.46 juta penduduk dan membunuh lebih 210,000 orang di AS.

Trump mengumumkan beliau dijangkiti virus itu pada 2 Oktober dan kemudian dimasukkan ke hospital tentera. - Bernama