X

Kindly register in order to view this article
!

14 orang awam maut serangan bom kereta

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom itu.
A
A

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, kebanyakan orang awam dalam insiden letupan bom kereta di bandar dikawal Turki, Al Bab di utara Syria, kata pasukan pemerhati perang.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang beribu pejabat di United Kingdom (UK) melaporkan letupan berlaku berhampiran sebuah stesen bas dan mencederakan 40 orang selain beberapa daripadanya cedera parah.

Proksi Syria dan Turki mengawal beberapa kawasan kecil di bahagian wilayah sempadan Syria berikutan tiga serangan tentera sejak 2016.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom itu tetapi beberapa serangan berlaku di Al Bab sejak tentera Turki merampas bandar itu dari militan Daesh pada 2017. -AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!