Tular Azmin, Hamzah positif Covid-19 palsu

MOHAMED AZMIN ALI, HAMZAH
MOHAMED AZMIN ALI, HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Tular di laman sosial mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang disahkan positif Covid-19 adalah palsu.

Setiausaha akhbar kepada Azmin berkata, ia adalah berita palsu, manakala setiausaha akhbar Hamzah turut mengesahkan ia tidak benar.

“Tidak ada laporan begitu. Beliau buat 2 kali swab test, keputusan negatif dan masih lagi dalam home quarantine,” katanya seperti dilaporkan portal berita FMT.

Hari ini tular di laman sosial yang mengenai menteri berkenaan dijangkiti virus itu.

Tanda pagar #kluster menteri trending di Twitter selepas seorang menteri Kabinet mengumumkan beliau positif Covid-19.

Pelbagai reaksi netizen timbul apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulkifli sah positif Covid-19

Artikel Berkaitan: