Lapan kes Covid-19 di Perak membabitkan daerah LMS, Kinta

Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengemaskini laporan kes Covid-19 di laman Facebook jabatan itu.
Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengemaskini laporan kes Covid-19 di laman Facebook jabatan itu.
A
A
A

IPOH - Lapan kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) yang dilaporkan di Perak hari ini dikesan hasil saringan individu di Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) dan Kinta.

Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan tujuh kes berpunca daripada jangkitan tempatan dan dikesan melalui saringan kontak kepada kes positif di sebuah kem tahanan di daerah LMS.

"Keputusan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) didapati positif semalam dan mereka tidak mempunyai gejala. Kesemua mereka dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook jabatan itu hari ini.

Menurutnya, kes kelapan melibatkan seorang lelaki 20 tahun yang tinggal di daerah Kinta dan punca jangkitan disyaki dari Sabah.

“Kes berada di Lahad Datu, Sabah selama sebulan, bulan lalu dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lalu dari Tawau bersama ahli keluarga.

“Kelmarin, individu itu mula bergejala demam dan sakit tekak dan keputusan ujian PCR semalam positif. Kes telah diasingkan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan Kluster Batu, Perak merupakan kluster baharu yang dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kluster Batu dikesan hasil saringan kakitangan dan ahli keluarga sebuah kem tahanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster baharu di Perak, Sabah

Artikel Berkaitan: