Perbicaraan ekstradisi eksekutif Huawei bermula Mac depan

Perbicaraan ekstradisi Meng Wanzhou bermula Mac depan. - Foto Canadian Press
Perbicaraan ekstradisi Meng Wanzhou bermula Mac depan. - Foto Canadian Press
A
A
A

OTTAWA - KANADA. Mahkamah Kanada menetapkan perbicaraan ekstradisi Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat telekomunikasi Huawei, Meng Wanzhou akan bermula Mac depan.

Keputusan untuk menganjak tarikh perbicaraan kepada 6 Mac, sebulan lewat daripada tarikh asal dibuat bagi memberikan pihak pembelaan masa untuk meneliti bukti berkaitan kes.

Menurut Peguam Negara David Lametti, kes ekstradisi akan mengambil masa lama dan sekiranya hakim mengarahkan perintah ekstradisi, pihaknya mempunyai 'kata putus' berhubung keputusan terbabit.

Wanzhou, yang juga anak kepada pengasas Huawei ditahan pada 1 Disember lalu di Vancouver atas permintaan Washington.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan berhubung ekstradisi ke

Amerika Syarikat (AS) dituduh melanggar sekatan dikenakan oleh negara itu terhadap Iran.

Huawei turut dituduh mencuri teknologi robotik daripada sebuah syarikat di AS.

Kedua-dua dakwaan tersebut bagaimanapun, dinafikan oleh Wanzhou dan syarikatnya.

Artikel Berkaitan:

Kes berkenaan mencetuskan krisis diplomatik antara Kanada dan Beijing yang dilihat mampu menjejaskan perbincangan perdagangan yang bakal berlangsung antara kedua-dua pihak minggu ini. - AFP