Tiga premis diarah tutup, 125 notis kompaun dikeluarkan JKNK

A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri hari ini mengarahkan tiga premis makanan ditutup serta-merta 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selepas didapati tidak mematuhi elemen penting kebersihan.

Ketika Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 8 itu juga, sebanyak 125 notis kompaun dengan nilai RM21,900 dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan di atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sebanyak lapan notis kompaun dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan 11, iaitu tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan tugas am tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan.

"Satu notis dikeluarkan di bawah Peraturan 30, iaitu tidak mematuhi kehendak berhubung latihan pengendali makanan dan satu kompaun di bawah Peraturan 31 berkaitan kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksin.

"Sebanyak 97 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan 32 iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan dan 18 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan di bawah peraturan 33 iaitu berhubungan dengan kebersihan pengendali makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: