X

Kindly register in order to view this article
!

Tahniah UPSI, terima kasih Ustaz Ebit Lew

Mohammad Shatar (kanan) bersama Ebit Lew (kiri) sewaktu meninjau suasana penghantaran pelajar pulang ke Kelantan dan Terengganu di Tanjung Malim. -Foto Ihsan UPSI
A
A

MERAK Jalanan terkejut apabila membaca kisah penceramah popular Ebit Lew dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Tak sepatutnya orang di institut pengajian tinggi yang tinggi inteleknya bergeseran dengan tokoh agama sehingga terbawa-bawa ke peringkat orang awam.

Lebih dukacita kenyataan demi kenyataan dibuat untuk menjadi tontonan pengguna media sosial dan buah mulut orang ramai.

Sedangkan semua orang tahu, hakikatnya ribuan siswa di puluhan universiti sedang bergelut dengan masalah pendaftaran yang dibatalkan pada saat-saat akhir gara-gara peningkatan kes Covid-19.

Bagi Merak Jalanan, dalam situasi sukar ketika ini atas semangat rakyat dan jiwa Malaysia, kita perlulah sama-sama saling membantu bukannya berbalah.

Merak Jalanan tidaklah menyebelahi mana-mana pihak tetapi bak kata peribahasa ‘lemah menapis, condong menopang'.

Sepatutnya kalau ada perkara tak jelas atau tak sealiran pandangan bawa-bawalah duduk berbincang secara harmoni.

Mujur perbalahan tersebut tidak berlanjutan. Sejak semalam segala yang kusut telah pun terlerai.

Malah bukan setakat perkhidmatan bas balik kampung yang warga UPSI dapat, khabarnya Ebit turut menawarkan kepakaran beliau dalam bidang sukarelawan.

Sesungguhnya dalam waktu sukar ini kita bukanlah mencari siapa hero untuk menjuarai isu Covid-19, sebaliknya inilah masanya untuk kita lebih bersatu dan lebih prihatin.

Kepada Ebit, semoga dugaan-dugaan seperti ini tidak melemahkan semangat beliau untuk terus menghulurkan bantuan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!