Berlian dijual RM65 juta selepas sesi 'tawar-menawar'

Sotheby's menyifatkan berlian itu sebagai 'sempurna' dan sukar untuk mentakrifkan tentang keistimewaannya. - Foto: Agensi
Sotheby's menyifatkan berlian itu sebagai 'sempurna' dan sukar untuk mentakrifkan tentang keistimewaannya. - Foto: Agensi
A
A
A

HONG KONG - Berlian putih 102 karat yang paling jarang ditemui dijual pada harga AS$15.7 juta (RM65 juta) kepada seorang pembeli rahsia selepas sesi 'tawar-menawar' dilakukan secara dalam talian oleh pusat lelongan Sotheby's di Hong Kong.

Ia diambil daripada batu berlian 271 karat yang ditemui di sebuah lombong di Kanada pada 2018.

Difahamkan, ia tidak mempunyai harga minimum yang tetap dan hanya tujuh berlian besar yang saiznya lebih 100 karat dan mempunyai kualiti sama telah berjaya dijual dalam sesi lelongan.

Sotheby's menyifatkan berlian itu sebagai 'sempurna' dan sukar untuk mentakrifkan keistimewaannya.

Pada 2017, seutas rantai bertatahkan berlian 163 karat dijual dengan harga AS$33.7 juta (RM140 juta) dalam satu acara anjuran pusat lelongan Christie di Geneva.

Ia diperoleh daripada batu 404 karat di Angola itu didakwa sebagai berlian paling besar pernah dipamerkan dalam acara seumpama itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: