X

Kindly register in order to view this article
!

90 individu kontak rapat Zulkifli negatif Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media secara maya perkembangan COVID-19 hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 90 individu kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disaring Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disahkan negatif jangkitan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah termasuk semua ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat Jabatan Perdana Menteri (JPN).

"Mereka semua didapati negatif termasuk yang hadir pada mesyuarat JPN pada 3 Oktober lalu," katanya pada sidang akhbar menerusi laman Facebook yang disiarkan secara langsung dari kediamannya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulkifli sah positif Covid-19

Menurut Dr Noor Hisham, pejabat kesihatan daerah kini dalam proses mengenal pasti kontak rapat dan menjalankan penilaian risiko serta saringan

"Pejabat kesihatan daerah akan terus menjalankan proses mengenal pasti kontak lain," katanya.

Semalam, Zulkifli dilapor disahkan positif Covid-19 dan dirawat di sebuah hospital di Seremban.

Menerusi laman Facebooknya, beliau menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya daripada 24 September hingga 4 Oktober lepas agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!