PM jangka kes Covid-19 terus meningkat


Muhyiddin menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari. -Foto Bernama

Muhyiddin menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan berlaku peningkatan kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan ujian saringan secara agresif termasuk di penjara dan pusat tahanan.

Perdana Menteri berkata, sejak beberapa minggu lalu, kes tahanan penjara menyumbang kepada sebahagian besar peningkatan kes di negara ini.

“Sebagai ketua kerajaan, saya memantau secara dekat perkembangan kes-kes Covid-19. Saya akan membuat keputusan-keputusan penting untuk membendung virus ini daripada terus menular dalam masyarakat kita.

“Ini termasuklah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar atau TEMCO di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai zon merah,” katanya dalam siaran langsung perutusan khas situasi semasa Covid-19 di akaun Facebook rasminya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PM jangka kes Covid-19 terus meningkat

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai agar tidak mudah panik atau membuat kesimpulan sendiri berhubung situasi yang sedang dihadapi negara.

Muhyiddin berkata lagi, penyebaran berita palsu perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan kekeliruan.

Artikel Berkaitan:

“Keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan khususnya menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 adalah berasaskan kepada data dan fakta yang dikumpul menerusi sumber-sumber yang berotoriti,” ujarnya.