Kerajaan tidak akan laksanakan PKP

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara buat masa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya PKP dilaksanakan sekali lagi, ia boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara.

Menurutnya, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.

“Oleh itu aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan penguatkuasaan yang tegas.

“Saya percaya kesiapsiagaan sistem kesihatan akan membolehkan kita menangani penularan Covid-19 tanpa perlu kita menutup sektor ekonomi yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Setakat ini, proses pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar. Semua keputusan perlu mengambil kira kepentingan 15 juta rakyat kita yang keluar bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung perutusan khas situasi semasa Covid-19 di akaun Facebook rasminya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PM jangka kes Covid-19 terus meningkat

Artikel Berkaitan: