X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 16 Oktober 2021

Bekalan pulih bermula esok: Air Selangor

Air Selangor memaklumkan proses penstabilan rawatan air sedang dijalankan, sebelum mula diagihkan kepada pengguna terawal mulai jam 12 tengah malam ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Bekalan air di semua 274 kawasan terjejas dijangka pulih secara berperingkat bermula esok sehingga 6 petang Jumaat selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA) telah memulakan operasinya pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata, pada masa ini proses penstabilan rawatan air sedang dijalankan, sebelum mula diagihkan kepada pengguna terawal mulai jam 12 tengah malam ini.

“Pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, kumpulan pertama merangkumi 145 kawasan yang akan menerima bekalan air sepenuhnya, menjelang jam 6 petang esok.

“Kumpulan kedua merangkumi 91 kawasan pada jam 6 petang Khamis ini, manakala kumpulan ketiga merangkumi 38 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 petang, Jumaat ini,” katanya pada sidang akhbar status Loji Rawatan Air Semenyih dan Gangguan Bekalan Air di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya di Ibu Pejabat Air Selangor di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain Suhaimi berkata, setakat terkini sampel air yang diambil dari LRA Bukit Tampoi masih berada pada tahap tiga ton dan kerja-kerja pembersihan masih dijalankan.

“Pengguna dinasihat untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar seperti yang dijadualkan," katanya.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan pada jam 4.30 petang semalam.

Pengguna di kawasan yang terjejas disaran untuk merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com, untuk mendapatkan jadual pemulihan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Empat daerah berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual

LUAS kesan bau bangkai di Sungai Pajam


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!