KPM disaran tangguh sesi persekolahan

Mohd Fakhrulrazi (kiri) dan Armand Azha
Mohd Fakhrulrazi (kiri) dan Armand Azha
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menangguhkan sesi persekolahan dengan kadar segera susulan peningkatan mendadak kes wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, murid sekolah merupakan golongan berisiko terdedah kepada wabak berkenaan dan langkah bagi menangguhkan sesi persekolahan amat wajar dilaksanakan segera.

Beliau berkata, berdasar situasi masa kini, kebanyakan ibu bapa juga turut mengharapkan pelaksanaan tersebut berikutan bimbangkan keselamatan anak-anak mereka.

"Malah, ada ibu bapa yang ambil inisiatif sendiri untuk tidak hantar mereka ke sekolah.

"Jadi amat wajar KPM mempertimbangkan untuk menangguhkan terlebih dahulu sesi persekolahan sama seperti yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan kesemua institusi pendidikan tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus susulan peningkatan kes Covid-19.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menyuarakan pandangan sama terhadap KKM berhubung cadangan itu menerusi rakaman video di laman Facebook.

Menurut Armand, situasi pandemik yang melanda negara pada masa ini bukannya satu perkara yang boleh diambil mudah berikutan ia melibatkan keselamatan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Saya mohon kepada menteri pendidikan agar segera mengambil tindakan untuk tangguh sesi persekolahan sehingga keadaan kembali pulih.

"Majoriti rakyat terutama ibu bala merasakan perkara ini memerlukan penyelesaian kerana ia melibatkan keselamatan anak-anak mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 432 kes positif Covid-19 hari ini