Hasbullah nafi sokong Anwar jadi PM

Hasbullah menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di dalam Facebook Ahli Parlimen Gerik hari ini.
Hasbullah menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di dalam Facebook Ahli Parlimen Gerik hari ini.
A
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman sekali lagi menafikan beliau antara ahli Parlimen yang disenaraikan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, sehingga kini tiada pihak termasuk Anwar berhubung dengan beliau untuk mendapat sokongan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui negara.

Menurutnya, sokongan masih diberikan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir negara ketika ini.

"Saya kesal dengan tindakan Datuk Seri Anwar dan pengikutnya memaklumkan saya salah seorang daripada ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya anggap Datuk Seri Anwar berbohong kepada masyarakat demi kepentingan peribadi," katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook Ahli Parlimen Gerik, hari ini.

Hasbullah berkata, beliau kekal dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP di dalam kerajaan sebaliknya menyokong kerajaan yang benar-benar boleh menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.

Sebelum ini, nama Hasbullah berada di dalam senarai nama ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri baharu.

Bagaimanapun beberapa Ahli Parlimen UMNO sudah menafikan mereka menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi perdana menteri termasuk Hasbullah sendiri pada 25 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Empat lagi Ahli Parlimen UMNO nafi sokong Anwar

Artikel Berkaitan:

Pada 23 September lalu, Anwar mendakwa bahawa beliau kini mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Malah Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa majoriti yang diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.