Takiyuddin jalani kuarantin di rumah

Takiyuddin menjalani kuarantin di rumah sehingga 17 Oktober ini. (FOTO: FACEBOOK TAKIYUDDIN HASSAN)
Takiyuddin menjalani kuarantin di rumah sehingga 17 Oktober ini. (FOTO: FACEBOOK TAKIYUDDIN HASSAN)
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan menjalani kuarantin di kediaman beliau walaupun ujian saringan Covid-19 dilakukan semalam negatif.

Justeru katanya, semua mesyuarat atau program melibatkan beliau ditangguhkan seketika.

“Susulan kehadiran saya dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada Sabtu lepas serta berstatus kontak rapat, saya kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah hingga 17 Oktober depan.

“Alhamdulillah, keputusan ujian saringan Covid-19 yang dijalani semalam negatif,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Setiausaha Agung Pas itu turut memuat naik gambar beliau sedang menjalankan tugasan di rumah.

Bagaimanapun kata Takiyuddin, beliau masih perlu menjalani ujian saringan pada hari kelima dan ke-13.

“Sementara itu saya tetap akan terus menjalankan tugasan serta kerja-kerja berkaitan dari rumah.

“Terima kasih atas doa semua. Stay safe (kekal selamat),” katanya.

Artikel Berkaitan: