Bursa Malaysia dibuka tinggi pada tengah hari

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia meningkat sedikit ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini susulan dagangan dalam jajaran kecil yang merentasi semua papan pasaran.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.00 mata kepada 1,517.43 berbanding 1,512.43 sewaktu ditutup semalam.

Pasaran secara amnya menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 481 berbanding 438 manakala 394 kaunter tidak berubah, 782 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 3.22 bilion bernilai RM2.02 bilion.

Seorang penganalisis berkata, sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal lengang dan dijangka sedemikian sehingga penggiat mendapat pemangkin baharu.

Malah, susulan peningkatan jumlah kes Covid-19 di negara ini yang mencecah paras rekod semalam beliau berkata, terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan semula sama ada di peringkat negeri atau seluruh negara.

Dari sudut indeks, teknologi kekal mencatat prestasi cemerlang susulan tarikan digitalisasi manakala penjagaan kesihatan menyaksikan penyusutan terbesar di semua indeks berikutan aktiviti pengambilan untung.

Bagi saham wajaran tinggi, Maxis untung 16 sen kepada RM5.06, Petronas Chemicals naik 14 sen kepada RM6.04, Sime Darby menokok enam sen kepada RM2.36 dan Maybank meraih sembilan sen kepada RM7.21.

Artikel Berkaitan:

Saham paling untung didominasi oleh saham teknologi, UWC yang naik 18 sen kepada RM6.66, Vstecs meningkat 16 sen kepada RM2.08 dan Pentamaster menambah 17 sen kepada RM5.31.

Bagi papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 18.91 mata kepada 10,944.76 manakala Indeks FBM Emas Shariah susut 6.84 mata kepada 13,073.18.

Indeks FBM 70 berkurangan 52.47 mata kepada 14,328.37, Indeks FBMT 100 naik 16.39 mata kepada 10,765.53 dan FBM ACE menokok 48.86 mata kepada 10,306.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 89.08 mata kepada 12,499.87, Indeks Perladangan merosot 0.09 mata kepada 6,995.95 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri mengukuh sebanyak 0.95 mata kepada 140.94. - Bernama