X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lelaki menyamar anggota polis diburu

Hanyan Ramlan
A
A

CHUKAI - Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut pekerja ladang di Felcra Sungai Pergam di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, dua lelaki berumur lewat 30-an telah datang ke ladang berkenaan menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna putih dan menghampiri sekumpulan pekerja ladang sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Kami dimaklumkan oleh pengurus ladang berkenaan dua lelaki terbabit mendakwa ingin melakukan pemeriksaan sama ada pekerja ladang tersebut telah melakukan pemeriksaan koronavirus (Covid-19) atau tidak sebelum meminta wang sebanyak RM100 daripada setiap pekerja ladang.

“Pada awalnya, seorang daripada suspek memperkenalkan diri sebagai Mohamad Khairul iaitu anggota polis di daerah Kemaman, namun apabila pengurus ladang berkenaan menyatakan beliau mengenali anggota di daerah itu suspek kemudiannya menukar kenyataan menyatakan dirinya adalah anggota dari Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Hanyan berkata bagaimanapun, identiti sebenar kedua-dua suspek masih belum dapat dikenal pasti dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!