NESCAFÉ Minum & Menang tawar hadiah bernilai RM294,000

Peraduan NESCAFÉ® Minum & Menang berlangsung bermula pada 7 September sehingga 8 November 2020.
Peraduan NESCAFÉ® Minum & Menang berlangsung bermula pada 7 September sehingga 8 November 2020.
A
A
A

SEMPENA Bulan Kopi Antarabangsa, NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum melancarkan Peraduan NESCAFÉ Minum & Menang bermula pada 7 September sehingga 8 November 2020.

Pengurus Pemasaran Pengguna Minuman Sedia-Untuk-Diminum Nestlé (Malaysia) Berhad, Angeline Lim berkata, sebanyak 297 hadiah mingguan disediakan termasuk 18 unit motosikal Yamaha Y15ZR sebagai hadiah utama.

Menurutnya, setiap minggu sepanjang tempoh sembilan minggu peraduan berlangsung, NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum akan memilih sekumpulan pemenang mingguan yang merangkumi dua pemenang hadiah utama, hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga serta 25 orang pemenang hadiah sagu hati.

“Bulan Kopi Antarabangsa bukan sahaja meraikan cita rasa dan nikmat kopi, tetapi juga ciri-ciri serba guna dan kelebihannya serta banyak lagi.

"NESCAFÉ sememangnya mengiktiraf kepelbagaian kopi yang merentasi budaya dan kami gembira untuk meraikan kepentingannya bersama para penggemar kopi di seluruh dunia,” kata dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya memahami bahawa pandemik koronavirus (Covid-19) telah menimbulkan suasana mencabar buat rakyat Malaysia, justeru NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum menawarkan hadiah-hadiah yang menarik sebagai tanda penghargaan buat pengguna atas sokongan berterusan mereka.

Peraduan NESCAFÉ Minum & Menang dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan yang sah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan NESCAFÉ Minum & Menang, sila layari https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/nescafe-minum-dan-menang

Artikel Berkaitan: