Mayat wanita disumbat dalam beg pakaian

Mayat wanita yang disumbat di dalam beg pakaian ditemui di tepi jalan di awal pagi tadi. Foto: PDRM
Mayat wanita yang disumbat di dalam beg pakaian ditemui di tepi jalan di awal pagi tadi. Foto: PDRM
A
A
A

SIBU - Mayat wanita yang disumbat di dalam beg pakaian ditemukan di tepi jalan di Jalan Aman di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mayat wanita dipercayai berusia 40-an dan memakai kemeja-T berwarna kelabu dengan seluar biru bercorak bintik putih itu dijumpai orang awam pada jam 6.45 pagi.

Beliau berkata, walaupun tiada kesan kecederaan atau pergelutan dijumpai pada mayat atau di tempat kejadian, polis buat masa ini mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh sementara menunggu laporan bedah siasat.

“Dipercayai wanita ini dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di sini,” katanya.

Katanya, dua surat yang ditulis dalam bahasa Cina dijumpai pada mayat, tiada dokumen pengenalan diri ditemukan berdekatan mayat. - Bernama

Artikel Berkaitan: