Covid-19: Taman Negara Kuala Tahan ditutup sementara

Notis pemberitahuan penutupan sementara fasiliti awam di bawah Jabatan Perhilitan.
Notis pemberitahuan penutupan sementara fasiliti awam di bawah Jabatan Perhilitan.
A
A
A

KUANTAN - Taman Negara Kuala Tahan antara fasiliti awam di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang ditutup sementara bermula hari ini hingga satu tempoh diberitahu kelak.

Berdasarkan notis penutupan sementara dikeluarkan jabatan itu melalui Facebook rasminya, semalam, penutupan sementara itu melibatkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang,Taman Negara Pahang Sungai Relau, Merapoh dan Tapak Ramsar Tasik Bera.

Turut ditutup, Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor, Taman Negara Kelantan Kuala Koh, Taman Negara Pulau Pinang dan Taman Negara Terengganu Tanjung Mentong selrta Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL), Pusat Menyelamat Hidupan Liar (PMHL) dan Pusat Pendidikan Biodiversiti (PPBD).

Melalui notis itu, pihak Perhilitan memaklumkan, penutupan fasiliti awam berkenaan sebagai langkah mencegah penularan wabak koronavirus ( Covid-19) di negara ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian aduan hotline Perhilitan 1-800-88-5151 dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Artikel Berkaitan: