Si batik belit tedung selar dalam longkang

Suzaini (kiri) menunjukkan ular sawa yang ditangkap menggunakan penjerut khas.
Suzaini (kiri) menunjukkan ular sawa yang ditangkap menggunakan penjerut khas.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor berjaya menangkap seekor ular sawa dan ular tedung selar yang dipercayai berlawan antara satu sama lain dalam longkang berhampiran asrama penuntut wanita di Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya di sini, pagi tadi.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.15 pagi dan seramai tiga pegawai serta anggota ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui ular sawa sepanjang dua meter dengan berat empat kilogram (kg) sedang membelit kepala tedung selar sepanjang tiga meter dengan berat lima kilogram. Pihak kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memisahkan dan menangkap kedua-dua reptilia tersebut dengan menggunakan penjerut khas.

"Kedua-dua haiwan berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.

Ular sawa membelit kepala ular tedung selar di dalam longkang asrama siswi Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pagi tadi.
Ular sawa membelit kepala ular tedung selar di dalam longkang asrama siswi Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pagi tadi.

Artikel Berkaitan: