X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Dr Noor Hisham buat sidang akhbar secara maya petang ini

Dr Noor Hisham Abdullah - Foto sumber internet
A
A

PUTRAJAYA - Buat pertama kalinya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan melakukan sidang akhbar harian koronavirus (Covid-19) secara maya iaitu menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia berikutan Noor Hisham kini menjalani kuarantin kendiri selepas mempunyai kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang positif Covid-19 semalam.

Sidang akhbar itu akan dipancarkan secara langsung dari kediamannya tepat jam 5.30 petang.

Ini merupakan kali pertama sidang akhbar tanpa kehadiran para pemberita.

Sebelum ini KKM dijadualkan mengadakan sidang akhbar setiap Selasa, Khamis dan Sabtu selepas angka kes baharu positif Covid-19 kian memuncak kebelakangan ini.

Inisiatif kuarantin kendiri turut dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinet serta pemimpin tertinggi kerajaan yang menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu lalu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!