'Isyarat PH tumbang PRU15'

Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim
Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim
A
A
A

BALING - Kemenangan BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands disifatkan isyarat rakyat kepada PH yang memungkiri janji untuk menunaikan manifesto.

Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkata, keputusan PRK itu juga gambaran awal PH akan ditumbangkan pada PRU15.

“Ini isyarat bermula dari Cameron Highlands dan akan terus kepada PRK Semenyih, Selangor dan PRK Rantau, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Faktor calon, strategi faktor kemenangan BN

“Rakyat akan terus beri isyarat kepada PH bahawa janji-janji dibuat telah ‘dicapatikan’. Inilah balasan kepada PH kerana menipu rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian selepas berceramah di hadapan 1,000 penyokong Umno dan Pas di Kampung Bok Bak di sini.

Beliau berkata, momentum rakyat antara Pas dan BN akan terus dibina hingga PRU15.

“Jika pun tidak berlaku perpecahan atau rombakan dalam PH, kami tidak peduli semua ini. Tetapi kami akan terus membina momentum hingga PRU15.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Cameron Highlands: Rakyat tolak politik perkauman

Artikel Berkaitan:

“Beri kami ambil balik pentadbiran yang mana telah dikucar-kacirkan oleh PH. Di belakang mereka adalah agenda DAP untuk musnahkan negara yang disusun atur umat Islam,” katanya.

PRK Parlimen Cameron Highlands kekal milik BN selepas calonnya, Ramli Mohd Noor berjaya meraih 12,038 undi mengetepikan calon PH, M Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) serta Wong Seng Yee (276 undi).