X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 100 kakitangan kompleks Seri Negeri disaring

A
A

MELAKA TENGAH - Kira-kira 100 kakitangan kompleks Seri Negeri di sini menjalani saringan koronavirus (Covid-19) selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disahkan positif jangkitan itu pada Rabu lalu.

Setiausaha Kerajaan Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan berkata, saringan itu diadakan di Klinik Seri Negeri di sini oleh kakitangan Hospital Pakar Putra Melaka pada Jumaat lalu.

"Individu yang menjalani ujian itu termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; diri saya, semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan keputusan ujian calitan bagi kesemuanya adalah negatif.

"Pusat pentadbiran kerajaan negeri dan kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara sudah kembali beroperasi seperti biasa semalam dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Sementara itu, tinjauan di Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh mendapati pintu masuk utama ke bangunan berkenaan dikawal seperti biasa pengawal keselamatan dan mereka melakukan pemeriksaan suhu badan terhadap kakitangan serta orang awam.

Khamis lalu, media melaporkan Kompleks Seri Negeri dan kediaman rasmi Ketua Menteri ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan pencegahan awal Covid-19 di kawasan berkenaan, susulan seorang ADUN disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Melaka tangguh program kerajaan negeri

Ketua menteri, barisan pemimpin kanan jalani swab test

Untuk rekod, ADUN terlibat mendakwa ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah sejurus pulang dari Sabah pada 26 September lalu adalah negatif namun empat hari kemudian iaitu pada 30 September, pihak PKD Alor Gajah menghubunginya dan memaklumkan beliau positif Covid-19.

Sehingga kini, menurut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, negeri ini merekodkan lima kes aktif Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!