X

Kindly register in order to view this article
!

PDRM nafi balai polis ditutup

Status yang dimuat naik seorang pengguna Facebook tentang penutupan Balai Polis Sungai Petani. Gambar kanan: Adzli Abu Shah
A
A

SUNGAI PETANI - Polis menafikan kenyataan bahawa Balai Polis Sungai Petani ditutup berikutan seramai 32 kakitangan disaring dan dikuarantin selepas seorang lelaki memuat naik status berhubung perkara itu di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, status dimuat naik itu tidak benar, bahkan balai tersebut masih dibuka seperti biasa.

"Balai Polis Sungai Petani masih dibuka seperti biasa walaupun seramai 18 anggota yang bertugas di balai berkenaan menjalani saringan oleh Jabatan Kesihatan.

"Mereka kini dikuarantinkan di kediaman masing-masing dan balai polis itu disanitasi bagi pencegahan penularan koronavirus (Covid-19)," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, satu laporan polis akan dibuat ke atas pemilik akaun terbabit yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mereka yang salah guna rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dalam apa jua cara yang boleh memudaratkan keharmonian masyarakat terutama penduduk Daerah Kuala Muda.

"Saya menasihati masyarakat mengambil sikap bertanggungjawab, beretika, dan berhemah semasa menggunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi atau aplikasi media sosial demi kesejahteraan semua pihak.

"Mereka juga wajar melapor kepada pihak berkuasa jika menerima atau mengesan sebarang kenyataan yang meragukan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!