Tidak patuh SOP: 33 premis di Pulau Pinang ditutup

Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo
A
A
A

GEORGE TOWN - Sejumlah 33 buah premis di Pulau Pinang telah diarahkan ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (PKP) berkaitan pencegahan penularan koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo hari ini berkata, daripada jumlah itu, 13 premis berada di pulau dengan 10 daripadanya restauran, dua pasar raya mini, dan satu pasar awam.

“Di bahagian tanah besar, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menutup 20 premis yang sama termasuk empat medan makanan, pasar dan pusat hiburan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, disebabkan kadar peningkatan jangkitan yang mendadak bari-baru ini, dua majlis bandaraya di negeri ini juga, akan meningkatkan lagi operasi mereka bagi memastikan kesemua SOP dipatuhi, terutamanya di kawasan yang dikunjungi orang ramai.

“Bermula esok MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan MBSP akan menambah kakitangan menjaga SOP di kawasan tumpuan seperti pasar awam dan restoran,” katanya dan menambah, jumlah kakitangan itu bergantung kepada keluasan presmis tersebut.

Sementara itu Jagdeep turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pulau Pinang yang memainkan peranan mereka mematuhi SOP pencegahan Covid-19 dengan sehingga 4 Oktober, pemeriksaan MBPP di 335,116 premis di pulau itu mendapat 99.65 peratus mematuhi SOP tersebut.

“Di tanah besar pula, MBSP telah mencatatkan rekod 99.30 peratus patuh SOP selepas mengadakan pemeriksaan di 571,516 premis,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: