Pekerja 'terkandas' di Singapura boleh lanjutkan moratorium

Mohd Izhar Ahmad
Mohd Izhar Ahmad
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pekerja Malaysia yang 'terkandas' di Singapura dan berhasrat mahu melanjutkan moratorium dinasihatkan berhubung dengan pihak bank.

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Izhar Ahmad berkata, pihaknya telah mengusulkan perkara itu kepada institusi kewangan supaya diperluas kepada pekerja yang terjejas.

"Pihak bank telah minta mereka yang bermasalah bertemu atau menghubungi mereka dengan segera.

"Bagi yang tidak dapat berbuat demikian khususnya di Singapura, mereka boleh menelefon atau emel pihak bank untuk mempertimbangkan permohonan," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad di sini hari ini.

Dalam pada itu Izhar memberitahu, pembukaan sempadan Malaysia-Singapura tetap menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri dengan perbincangan terus diadakan bersama kerajaan pusat walaupun koronavirus ( Covid- 19) meningkatkan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, penutupan sempadan memberi kesan terhadap ekonomi negara khususnya Johor.

"Kita tidak nafikan, kerajaan negeri sentiasa berusaha mendapatkan kelulusan daripada kerajaan pusat dan Singapura untuk membuka sempadan walaupun kes Covid-19 meningkat dan kita doa situasi ini tidak berlarutan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: NUBE gesa moratorium untuk tiga bulan lagi

Artikel Berkaitan: