X

Kindly register in order to view this article
!

Semua pulau di negara ini selamat dikunjungi

Ammar (tengah) melakukan pemeriksaan dan pematuhan SOP di Shaz Resort Sdn Bhd, Pulau Tinggi, Mersing, hari ini.
A
A

MERSING - Tourism Malaysia memberi jaminan pulau-pulau di negara ini selamat dikunjungi walaupun kes koronavirus (Covid-19) meningkat.

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, pengunjung tidak perlu bimbang kerana semua hotel dan resort mematuhi arahan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, pihak pengurusan hotel dan resort akan memastikan penjarakkan sosial antara pelanggan mereka serta menyediakan pendaftaran secara kod QR aplikasi MySejahtera atau secara buku log.

"Semua pekerja dan tetamu perlu menggunakan pelitup muka yang sesuai sepanjang masa selain mengambil suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) di Shaz Resort Sdn Bhd, Pulau Tinggi di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Solehuddin Ahmad dan Timbalan Pengarah Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Abdul Rahim Harun.

Twin Beach Resort di Pulau Sibu antara tempat kediaman di Mersing yang selamat untuk dikunjungi kerana mengamalkan SOP yang ketat.
Twin Beach Resort di Pulau Sibu antara tempat kediaman di Mersing yang selamat untuk dikunjungi kerana mengamalkan SOP yang ketat.

Ammar berkata, sektor pelancongan terutama hotel dan resort dalam proses untuk pulih selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan yang membenarkan pergerakan pelancong domestik.

Keadaan terkini itu katanya, akan membolehkan perkembangan sektor pelancongan meningkat dan pertumbuhan positif kepada ekonomi negara.

Sementara itu, Solehuddin berkata, kerajaan negeri mewujudkan Johor Tourism Save Standard (JTSS) baru-baru ini untuk SOP sama yang akan diguna pakai hotel, resort dan semua rumah penginapan di negeri ni.

Jelasnya, JTSS merupakan satu jawatankuasa khas menyelaraskan semua SOP supaya mematuhi garis panduan yang sama di semua pusat pelancongan dan penginapan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam akan dilancarkan di Melaka pada 3 November, Johor pada 5 November diikuti Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan lain-lain.

Menurutnya, pakej itu merupakan inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan pelancongan domestik dalam tempoh PKPP dengan menyasarkan penjawat awam kerana mereka golongan yang kurang terjejas dengan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: 432 kes positif Covid-19 hari ini


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!