Didenda RM8,000 sembur cat pada kera

Gambar kera yang disembur cat yang tular dimedia sosial.
Gambar kera yang disembur cat yang tular dimedia sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, berikutan tindakannya menyembur cat pada seekor kera, April tahun lalu.

Jabatan Perhilitan dalam kenyataan memaklumkan, Sanusi Bajuri, 67, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Sanusi dituduh dengan sengaja menyebabkan kesakitan terhadap seekor kera jenis macaca fascicularis iaitu hidupan liar dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Kesalahan tersebut dilakukan kira-kira pukul 4.40 petang di sebuah premis di alamat Kampung Sri Bunian, Batu 33, Jalan Johor, Pontian pada1 April lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 86(1)(f) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan hukuman tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Kes itu pernah menjadi tular di Facebook apabila tersebarnya video seorang individu telah mengecat seekor kera di dalam sangkar dan gambar kera yang kepalanya disembur cat hijau, manakala badannya disembur cat merah terkurung dalam sangkar besi.

Artikel Berkaitan: