X

Kindly register in order to view this article
!

Kakitangan NSTP positif Covid-19 pulang dari Sabah

Seorang kakitangan NSTP positif Covid-19 selepas pulang daripada membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.
A
A

KUALA LUMPUR - Media Prima Berhad (Media Prima) hari ini mengesahkan seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) telah didiagnosis dengan koronavirus (Covid-19) selepas pulang daripada membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.

Media Prima dalam kenyataan memaklumkan kakitangan itu kini berada di bawah jagaan hospital kerajaan.

“Kakitangan berkenaan kembali daripada tugas editorial di Sabah pada 30 September lepas dan telah melakukan ujian wajib Covid-19 yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM). Kakitangan yang terlibat itu telah menjalani kuarantin kendiri di rumah sejak pulang, sebelum dilaporkan sebagai kes positif,” menurut kenyataan itu.

Media Prima kini bekerjasama rapat dengan KKM dan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan potensi pendedahan kepada pekerja lain.

Kenyataan itu menambah, kakitangan yang dijangkiti itu tidak mengunjungi mana-mana premis Media Prima sejak pulang dari Sabah.

“Media Prima akan memberikan sokongan yang diperlukan kepada kakitangan terlibat. Kami mendoakan kakitangan itu cepat sembuh,” menurut kenyataan itu.

Media Prima menekankan bahawa kumpulan itu mementingkan keselamatan kakitangannya, dan mereka yang pulang daripada tugas di Sabah telah melakukan ujian COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!