X

Kindly register in order to view this article
!

Pertimbang bantuan 'one off' minimum RM500 kepada mahasiswa

Kenyataan Asyraf di laman Facebooknya hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian bayaran one-off sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal untuk mendaftar masuk bagi pelajar-pelajar baharu dan lama.

Beliau berkata, ia termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum akur dengan keputusan KPT yang menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober itu.

Menurutnya, walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini, namun keputusan di saat akhir memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa.

"Justeru, Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam Mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing," kata Asyraf dalam kenyataannya hari ini.

Terdahulu, KPT mencadangkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran bersemuka pelajar baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad turut mencadangkan penangguhan sama membabitkan pelajar dari kawasan yang dikelaskan sebagai zon merah jangkitan Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!