X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lagi sekolah di Terengganu ditutup

Murid SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus diiringi ibu bapa bagi menjalani saringan Covid-19.
A
A

KUALA NERUS - Dua buah sekolah di daerah Kuala Nerus diarahkan tutup sementara bermula hari ini sehingga 11 Oktober ini.

Difahamkan, arahan itu dibuat susulan beberapa orang murid sekolah terbabit dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Salim Ab Ghani berkata, penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir itu adalah berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

"Saya difahamkan hanya guru dan murid sekolah yang mempunyai kontak rapat diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 hari ni.

"Selain dua sekolah terlibat, sebuah sekolah lagi iaitu SK Padang Kemunting, Kuala Nerus ditutup sejak Jumaat lalu sehingga Khamis ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus ditutup

Staf positif Covid-19, UniSZA ditutup sementara

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kedua-dua sekolah terlibat mendapati, sebilangan pelajar diiringi ibu bapa masing-masing hadir bagi menjalani saringan Covid-19.

Kelihatan petugas kesihatan hadir di SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.
Kelihatan petugas kesihatan hadir di SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

Beberapa buah kenderaan milik Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu juga dilihat memasuki pekarangan sekolah dan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian PPE melakukan kerja saringan.

Pada Jumaat lalu, SK Padang Kemunting ditutup sementara bagi menjalani proses sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) setelah murid darjah satu dan dua sekolah berkenaan dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang guru yang disahkan positif Covid-19.

Sehingga kini, seramai 20 orang termasuk murid sekolah sedang dirawat setelah disahkan positif Covid-19 di Terengganu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!