Saringan Covid-19 percuma individu pulang dari Sabah

Hebahan poster yang memaklumkan saringan Covid-19 percuma di Dewan Bandar Baru Kuala Selangor hari ini.
Hebahan poster yang memaklumkan saringan Covid-19 percuma di Dewan Bandar Baru Kuala Selangor hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Individu di sekitar Kuala Selangor yang mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah boleh menjalani ujian saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Bandar Baru Kuala Selangor di sini hari ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) melalui hebahan poster memaklumkan, saringan boleh dilakukan bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang.

Menurut STFC, dokumen yang perlu dibawa bagi menjalani saringan itu antaranya tiket penerbangan sejarah perjalanan ke Sabah pada tarikh 20 hingga 26 September lalu.

"Selain itu, mereka dikehendaki membawa MyKad sebagai bukti penduduk negeri ini," katanya.

STFC memberitahu, selain itu, mereka juga boleh membawa bil air atau elektrik sebagai bukti pemastautin di negeri ini.

"Sebarang temu janji tidak diperlukan. (Individu yang berkenaan) hanya perlu datang menjalani saringan dalam tempoh masa ditetapkan," katanya.

Semalam, kerajaan negeri menerusi Selgate Corporation Sdn Bhd (Selgate) menawarkan saringan percuma kepada kira-kira 50 hingga 100 penduduk sekitar daerah Kuala Selangor yang pulang dari Sabah.

Selain di Kuala Selangor, mereka terlibat boleh mendapatkan ujian itu di 16 klinik Selcare bermula semalam hingga 11 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: