Sembilan ditahan lakukan aksi berbahaya ketika konvoi

Polis menahan sembilan penunggang motosikal di hadapan restoran ikan patin di dua lokasi berasingan di Temerloh, semalam.
Polis menahan sembilan penunggang motosikal di hadapan restoran ikan patin di dua lokasi berasingan di Temerloh, semalam.
A
A
A

TEMERLOH - Sembilan lelaki ditahan polis di hadapan restoran ikan patin di sini kerana melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal secara berkonvoi, semalam.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, lagak kumpulan terdiri daripada empat penunggang terbabit mula dikesan di Kilometer (KM) 95 Lebuhraya Pantai Timur dengan melakukan aksi bersaing sesama sendiri, Superman serta zig-zag.

"Tidak lama kemudian, keempat-empat mereka yang berkonvoi dari Raub, Pahang itu memberhentikan motosikal di sebuah restoran ikan patin sebelum diberkas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Nadzri berkata, operasi yang bermula pada jam 11.40 pagi itu turut menahan kumpulan kedua dari Bentong, Pahang, membabitkan lima lagi penunggang di hadapan restoran ikan patin.

Kesemua motosikal jenis Yamaha Y15zr, Kawasaki RR dan Yamaha LC135 disita untuk tindakan lanjut.
Kesemua motosikal jenis Yamaha Y15zr, Kawasaki RR dan Yamaha LC135 disita untuk tindakan lanjut.

Katanya, lima penunggang motosikal itu dikesan melakukan aksi berbahaya di KM 100 Lebuhraya Pantai Timur.

Tambahnya, kesemua tangkapan berusia lingkungan 18 hingga 30 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh manakala kesemua motosikal jenis Yamaha Y15zr, Kawasaki RR dan Yamaha LC135 disita untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: