Armenia serang Ganja, bandar kedua terbesar di Azerbaijan

Tentera Armenia melancarkan serangan roket di wilayah Fizuli dan di wilayah Aghdam dan Terter. - Foto sumber internet
Tentera Armenia melancarkan serangan roket di wilayah Fizuli dan di wilayah Aghdam dan Terter. - Foto sumber internet
A
A
A

GANJA (Azerbaijan) - Azerbaijan pada Ahad mendakwa tentera Armenia melancarkan serangan di bandar raya kedua terbesarnya di Ganja, sekali gus meningkatkan konflik yang mula tercetus minggu lalu, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Azerbaijan berkata, tentera Armenia melancarkan serangan roket di wilayah Fizuli dan di wilayah Aghdam dan Terter.

Pihak musuh turut menyerang kota Ganja, katanya.

Ganja kota Azerbaijan kedua terbesar didiami lebih 500,000 penduduk.

Menteri Pertahanan Zakir Hasanov berkata tindakan itu "provokatif dan meningkatkan lagi permusuhan."

Pertembungan sempadan berlaku pada Ahad apabila tentera Armenia menyasarkan penempatan orang awam dan kedudukan tentera Azerbaijan, yang mengakibatkan korban.

Hubungan antara dua bekas republik Soviet itu tegang sejak 1991, ketika tentera Armenia menduduki Karabakh, sebuah wilayah Azerbaijan yang diakui di peringkat antarabangsa.

Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pelbagai pertubuhan antarabangsa, menuntut pengunduran tentera.

Artikel Berkaitan:

Kumpulan Minsk OSCE - dipengerusikan bersama Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat - dibentuk pada 1992 untuk mencari jalan penyelesaian konflik secara damai, tidak berhasil. Namun, gencatan senjata disepakati pada 1994. - Bernama