X

Kindly register in order to view this article
!

Pereka fesyen Kenzo Takada meninggal dunia akibat Covid-19

Kenzo Takada
A
A

PARIS - Pereka fesyen legenda Kenzo Takada dari Jepun, meninggal dunia di Perancis pada Ahad akibat koronavirus (Covid-19), lapor Agensi Anadolu, memetik jurucakap. Beliau berusia 81 tahun.

Dilahirkan pada 1939, Kenzo mula mengukir nama di Paris pada usia 26 tahun dan berjaya membina empayar fesyen mewah di bandar raya itu sebelum bersara pada 1999.

Hasil rekaannya bukan sahaja popular di Paris malah di serata dunia dari Iceland, Mexico hingga ke Taiwan.

Pada tahun 2016, beliau menerima anugerah Legion d'Honneurm anugerah tertinggi kerajaan Perancis. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!